Manek Urai – Undi BN atau tuntut royalti minyak

Tajuk di atas diubahsuai daripada tajuk berita Malaysiakini — Your choice – vote PAS or new bridge

Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin gives voters in Manek Urai a stark choice – choose either PAS or a new bridge for the constituency.

Terjemahan: Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin memberi kata dua kepada para pengundi Manek Urai – undi PAS atau pilih jambatan baru.

Anda juga boleh membaca versi Bahasa Malaysia berita sama yang bertajuk “TPM: Undi BN dapat jambatan baru” di Malaysiakini.

Tak tau la samada rakyat Kelantan tidak merasa terhina dengan umpanan jambatan sebegini?

Ini taktik politik zaman aku sekolah menengah dahulu. Masa tu bolehlah kelentong rakyat dengan umpan projek bina-membina nih. Sekarang, rakyat umumnya dah tau… kalau ada projek ‘mee segera’ maknanya para kroni Bahagian dan cawangan UMNO yang ngap.

Kalau aku adalah pengundi di Manek Urai, aku akan menyokong perjuangan yang lebih besar daripada sekadar sebuah jambatan. Aku pastinya akan menyokong dan membantu berkempen untuk menuntut royalti minyak untuk negeri Kelantan.

Kerana, dengan royalti minyak tersebut kelak barulah kerajaan negeri akan mampu melaksanakan program pembangunan yang dituntut rakyat. Bukan sekadar jambatan yang mampu dibangunkan untuk manfaat rakyat.

UNDI BN = TAK ADA ROYALTI MINYAK

Sila baca laporan lengkap bertajuk Petronas Jangan Tipu Rakyat Kelantan, Isu Royalti Petroleum dan Gas Asli Kelantan dan The Buck Stops Here oleh saudara Sheih.

Sphere: Related Content

  • Share/Bookmark

Leave a Reply