Syarat PAS terima k’jaan perpaduan – MalaysiakiniMursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bersedia menerima kerajaan perpaduan dengan syarat BN bersedia memberi jawatan-jawatan penting untuk diterajui parti itu, seperti menteri kewangan dan menteri pendidikan.
“Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.”
“Berikan kementerian kewangan dan kementerian pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM (perdana menteri) mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama,” menteri besar Kelantan dipetik berkata dalam blog anaknya Nik Abduh.
“Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi),” tulis Nik Abduh.
Persoalannya sekarang, apakah jenis kerajaan perpaduan yang dimaksudkan oleh Nik Abduh?
Ramai sangatkah pimpinan PAS yang kemaruk sangat nak jadi menteri sehingga sanggup mengenepikan kepercayaan dan sokongan rakyat dalam PRU lalu mengakibatkan PAS terpaksa bersatu dengan Umno?
Nik Abduh juga menyifatkan pembantu-pembantu bapanya sebagai “mereka yang hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa diri mereka pun ulama juga”.
Memandangkan nama Nik Abduh ni hanya muncul di arena politik nasional secara tiba-tiba di tengah polemik kerajaan perpaduan ini, tidak hairan jika ramai rakyat Malaysia akan melihat beliau sekadar pemimpin ‘me segera’.
Me segera? Macam projek Najib menjelang pilihanraya kecil… wakakakaka!!!
- Samada Nik Abduh Benar atau Tok Guru Nik Aziz Dunggu
Sphere: Related Content
[...] kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda” dalam entri pertamanya. Saya setuju dengan Arif Abdull, apa sebenarnya pemahaman Ustaz Nik Abduh mengenai Kerajaan Perpaduan, dan apa pula bentuk Kerajaan [...]