Penjaga syurga untuk rakyat, penguasa agama yg takut pemerintah zalim

Sejak zaman Mahathir sampai era Badawi, inilah kelompok yang hanya berani mengancam rakyat negara ini atas dosa-dosa rakyat. Kelompok penjaga moral rakyat ini sering menakut-nakutkan kita dengan neraka dan dosa.

Kesian Sharifah AmaniKenapa hanya rakyat? Kenapa tidak berani menegur dan mengancam pemimpin-pemimpin korup itu sama?

Kerana, mereka ini semua bergantung periuk nasinya kepada gaji yang ditentukan oleh pemerintah, maka pemimpin-pemimpin yang zalimi rakyat ini sering terlepas dari neraka dan dosa.

Ternyata syurga hanya untuk pemimpin dan nerakalah untuk orang biasa seperti kita ini.

Tak apalah, berilah kuasa menjatuhkan dosa dan pahala di tangan mereka itu.

Di mana suara mufti-mufti ini ketika rakyat menangis kerugian beratus ribu ringgit akibat banjir di sekitar Kuala Lumpur minggu lalu? Oh, banjir ini sudah pasti menurut penjaga syurga adalah sebagai balasan dosa rakyat biasa! Bukan kerana Terowong SMART gagal atasi banjir.

Tidak berdosa dan zalimkah tindakan pemerintah di Kedah yang sewenang-wenangnya menaikkan kadar sewa itu?

Layak masuk syurgakah pemimpin yang menidakkan hak pelajar-pelajar itu?

Pemimpin Barisan Nasional yang asyik menang pilihanraya secara cheneke itu, tidakkah mereka wajib masuk neraka?

Benarkah mereka ini membawa kebenaran sejati? Kalau ya, tidak cukup setakat menjatuhkan dosa terhadap Sharifah Amani dalam Muallaf tetapi membiarkan dan kecut telur terhadap dosa pemimpin-pemimpin itu semua.

Saya sanggup dan tak kisah, walaupun dikategorikan sebagai bakal ahli neraka hanya kerana saya mendesak ISA dimansuhkan dari bumi Malaysia ini. Sekian, wassalam.

Sphere: Related Content

  • Share/Bookmark

3 Responses to “Penjaga syurga untuk rakyat, penguasa agama yg takut pemerintah zalim”

  1. Amir says:

    Alamak bro, you last satement is so scarry le. It’s one of those “To march into hell for a heavenly cause…”, only sufis do that bro. Me, the very thought of hell scares the shit out of me, especially after my near-death experience.

    It was not an OBE (not Order of The British Empire, mind you, but Out-Of-Body-Experience). Still, it is enough to terrify.

    As much as I hate the ISA and anything that relates to umno and bn (see! They’re not even in capitals!), I would not want to march into hell. There other ways! One, that perhaps, with the Grace of Allah s.w.t., will see us elevated into Heaven…but lets do it through the ballot box first, shall we? :)

  2. arifabdull says:

    ‘dikategorikan’
    siapa yang suka mengkategorikan orang ni ahli neraka (berdosa), si anu ahli syurga (pahala)?

    jika anda bantah kata-kata orang-orang tertentu ini, sah anda akan digolongkan sebagai ahli neraka.

    padahal, orang-orang itu hanyalah manusia yang diberi gaji oleh pemerintah, untuk menjilat dan mengangguk taat hanya terhadap pemerintah.

    itulah kerja para penjaga syurga di Malaysia.

  3. Amir says:

    Betul! Setuju!

    Ada terbaca di satu blog yang menyatakan bahawa Johor kini sebuah negeri koboi. Saya membalas menyatakan bahawa sebenarnya seluruh Malaysia – melainkan satu atau 2 – adalah negara koboi!

    Your comment above relates to this, and this is exactly the reality in Malaysia: Have gun (power) will travel (rule according to whims and fancy). This statement is so very true for umno and bn people. They’re not Malaysians and thus we should rid ourselves of them soonest.

Leave a Reply