Doa Bala untuk Najib

November 30th, 2009

Inilah doa bala yang ditujukan kepada Najib…

Kenapa Najib dan UMNO takut sangat dengan doa bala nih?

Sebab kalau si bala nih datang kembali, pecahlah semua rahsia si Rosmah…. wakakakakaa

Marilah kita sama-sama berdoa sambil mencari si bala… supaya Najib tak berani tipu duit royalti minyak!

Sphere: Related Content

BTN, doktrin perkauman, dan telur ayam

November 28th, 2009

Tahniah kepada kerajaan Selangor kerana berani menghalang kaki tangan dan pelajar dari negeri itu dari menghadiri program Biro Tatanegara (BTN). Alasannya, program yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dibawah seliaan Jabatan Perdana Menteri itu menerapkan doktrinasi api perkauman.

BTN JPM

Secara peribadi, penulis sangat berharap agar para pimpinan di negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat (PR) yang lain juga akan berani melaksanakan dasar yang sama. Berani menyanggah kebobrokan pemerintahan Barisan Nasional (BN), terutamanya UMNO yang sentiasa menjadikan isu perkauman sebagai modal politik mereka.

Selama 50 tahun, kita telah dipecah-belahkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO melalui dasar pecah dan perintah yang diwarisi dari penjajah British. BTN yang mula dilaksanakan pada tahun 1974 adalah kursus induksi yang dijalankan secara tertutup dan secara rahsia dengan menggunakan sepenuhnya peruntukan dan jentera kerajaan persekutuan. Para pemimpin UMNO sering menghalalkan perlaksanaan kursus ini dengan memberi gambaran kepada umum bahawa ia hanyalah kursus bagi menaikkan semangat patriotik dan jati diri. Walhal, selama ini pemimpin UMNO telah menggunakan BTN sebagai alat menyampaikan propaganda hitam perkauman demi memastikan kelangsungan sokongan orang Melayu terhadap UMNO.

Read the rest of this entry »

Sphere: Related Content

SABM Roadshow di Pulau Pinang

November 9th, 2009

Buaya makan cicak, SPRM makan ikan bilis saja

November 9th, 2009
Pertama kali disiarkan di PerakExpress.com
Penunjuk perasaan menunjukkan patung ‘buaya memakan cicak’ ketika aksi di Jakarta hari ini, sebagai simbol menentang tindakan Komissi Pencegahan Korupsi yang hanya menangkap pelaku rasuah kecil. — Reuters pic

Gambar di atas sengaja dipilih untuk coretan kali ini kerana perkara jijik yang ditentang para penunjuk perasaan dalam gambar itu juga sebenarnya sedang terjadi di negara ini. SPRM (dulu BPR) dari dulu dan terutamanya sejak kebelakangan ini nampaknya sedang menjalankan kerja ‘kotor’ yang sama, semua mereka yang ditahan dan didakwa atas tuduhan rasuah hanyalah merupakan ‘ikan kecil’ dengan nilai rasuah yang amat kecil. Secara peribadi, penulis percaya memang semua bentuk rasuah wajib dibenteras tidak kira kecil atau besar. ‘Duit kopi’ yang sering diminta polis ditepi jalan itu juga merupakan jenayah rasuah dan wajib dibenteras. Tetapi, tindakan terhadap rasuah besar pula perlu diutamakan kerana kesan buruknya terbukti adalah lebih besar berbanding rasuah ‘duit kopi’. Misalnya, rasuah bersaiz RM2 juta dalam projek membina jambatan gantung sudah tentu adalah lebih merbahaya berbanding kes penyelewengan melibatkan RM2 ribu dalam aktiviti pembelian bendera kecil.

Kita akan terpaksa bergantung dan berharap agar persepsi rakyat secara umum akan terus mempertikaikan kewibawaan SPRM dan kesungguhan kerajaan dalam memerangi jenayah rasuah jika dengan jelas kerajaan hanya berminat melakukan pendakwaan terhadap kes-kes kecil semata seperti kes membeli bendera sedangkan begitu banyak kes-kes besar dilepaskan begitu saja.

Di Indonesia, sepanjang pemerintahan diktator arwah Haji Soeharto kegiatan rasuah yang telah membarah adalah punca utama menyebabkan negara itu hampir muflis dan kehilangan daya kuasa ekonomi ketika dihujung zaman pemerintahannya. Rakyat biasa yang terpaksa menanggung kesusahan dan melarat akibat kemorosotan ekonomi yang terdedah kepada krisis kewangan global ketika itu itu telah bangun menentangnya kerana isu rasuah.

Read the rest of this entry »

Sphere: Related Content

Malaysia Insider kena godam

September 11th, 2009

Laman web berita Malaysia Insider [http://www.themalaysianinsider.com/] baru saja digodam.

Pada masa ini, jika anda melawat laman tersebut anda hanya akan dapat membaca tulisan ‘Tribute to MalangSial’.

Carian di Internet menunjukkan perkataan MalangSial dipercayai merupakan ejekan terhadap Malaysia oleh rakyat Indonesia.

Insider website hacked tonight

malangsial

Sphere: Related Content

Mufti sepatutnya dirotan 80 sebatan

August 26th, 2009

Tajuk asal berita Malaysiakini sepatutnya, Mufti: Sepatutnya dirotan 80 sebatan

Berita tersebut memetik Tan Sri Mufti yang terkenal ‘kemaruk’ membela UMNO dan sering ’sangap’ mengeluarkan fatwa yang ‘jahat’ itu.

Bulan lepas aku ada menulis tentang Tan Sri Mufti tersebut yang terkial-kial mengeluarkan fatwa pembohong bahawa berhimpun menentang ISA adalah haram.

Apabila membaca laporan berita tersebut di atas, aku tidak kisah pun berapa jumlah sebatan… seratus puluh juta sebatan pun aku tak hairan. Korang (golongan agama) sendiri yang menentukan segala hukum untuk menghukum rakyat biasa macam aku. Lantak koranglah! Aku kata lantak sebab masa menentukan segala jenis hukuman itu, kamu tidak pun bertanya kepada kami rakyat biasa adakah ianya adil atau sebaliknya.

Hari ini aku hanya nak kutip cuitan rakan kulomnis di PerakExpress.com, saudra Amin Ahmad dalam Facebook seperti di bawah ni;

rotan 80

Sphere: Related Content

Where is the Spirit of Merdeka?

August 26th, 2009

By Dr Cruz (With Permission)

It is common knowledge that the Utopian Malaysia does not and will never exist.

The best that we can do is to be aware, voice out where we can be heard, and hope that whatever that is mentioned is worth something towards development of new ideas in nation building. The Malaysia as we know it today, isn’t what was envisioned by the those who hoped for nationhood during “Merdeka”.

The spirit of Merdeka has been subverted by racists and the religious zealots over the years, and has been replaced by chauvinism – racial and religious. It all somehow points to the political “coup” that was engineered during the events that led to the May 13, 1969. Read the rest of this entry »

Sphere: Related Content